October 05, 2016

Ath rindu bonda.

Nafas sesak, ibu
di bawah debar kota
mataku melihat pandang betapa gelap menerpa
dalam alunan gelombang dunia yang penuh pura pura
malam yang kian berlarut, ibu
mata sial ini masih belum mau lelap
sebab antara kopi dan halusinasi
dan salakan anjing sertai gelodak jiwa ini
hati ini ibu, bisa menagih rindu
dibawa alun pancaran sinar matamu
atas degup jantung,
ibu, kau pergi atas takdir Ilahi
pelan-pelan kucuba pejamkan mata ini
lantas aku cuba mengerti sekarang
bahawa keranamu ibu, kujelajahi ini kota
dan untukmu jua ibu, kulapangkan dada
terima segala.
kadang-kala di persimpangan hidup ini tersendu aku
kuakui cuma kau saja, ibu, yang lebih tau.
Al-fatihah untuk arwah ibuku.
selmah binti mohd sapian.

3 comments: